Pengenalan
- kita memerlukan rakan yang baik untuk menghilankan kebosanan.
- kita hendaklah pandai memilih rakan kerana rakan ibarat cermin kepada diri kita.
- jika rakan kita bersikap positif maka kita juga akan bersikap positif.
- setiap orang memerlukan sahabat yang baik untuk melengkapkan hidup kita ini.
Isi 1
- rakan yang memiliki iman dan taqwa
- orang bertakwa ialah orang yang baik
- memiliki wawasan dunia dan akhirat
Isi 2
- · Rakan sebaya yang bijak dan pintar
- · boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran
- · (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)
Isi 3
- Rakan sebaya yang berakhlak mulia
- memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur
- sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar
Isi 4
- Rakan sebaya yang sealiran
- memiliki minat dan cita-cita yang sama
- dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan
- (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)
Isi 5
- Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri
- tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan
- ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik
- (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin)
Penutup
- setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang
- bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik
- saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.
Sahabat sejati
sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki. Untuk mencari kawan begitu
mudah, namun untuk mencari seorang sahabat sejati umpama mencari sebutir
mutiara di tengah lautan dalam. Berapa ramaikah kawan yang sanggup bersusah
payah bersama kita? Di saat kita ketawa menikmati indahnya kehidupan ini begitu
ramai kawan bersama kita. Namun apabila kita bersedih, menangis terjatuh dan
menyalahkan takdir kita lihat sekeliling mencari suara tawa yang menemani kita
tadi, tiada. Di manakah mereka saat kita perlukan teman tempat bergantung? Di
manakah mereka saat kita perlukan suara semangat bagi membantu kita bangun dan
berjalan semula? Ya. Mereka hanya kawan yang akan bersuka bersama kita namun
tidak rela berduka bersama.
Pada zaman yang serba moden ini, lebih
ramai kawan yang 'gemar menangkuk di air yang keruh' jika hendak dibandingkan
dengan sahabat sejati. Mereka lebih gemar mengambil kesempatan ke atas
kekurangan kita. Sahabat sejati adalah seorang yang sanggup membela hak kita.
Seperti Hang Jebat yang ingin menuntut bela di atas kematian sahabat yang sudah
dianggap seperti saudaranya sendiri, Hang Tuah. Di fikirannya, Tuah haruslah
mendapat pembelaan walaupun sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.
Mampukah seorang kawan biasa berbuat sedemikian rupa? Tidak, hanya sahabat
sejati yang mampu.
Seorang sahabat sejati juga sanggup
bersusah payah bersama kita. Dia tidak
akan terus membiarkan kita dalam kesusahan. Dia tidak akan sanggup melihat kita
menderita malah turut bersama-sama merasai penderitaan itu. Contohnya ketika
Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar di Gua Hira'. Baginda sedang tidur
dan Abu Bakar melihat ada seekor ular mengeluarkan kepala dari lubang gua untuk
mematuk baginda. Saidina Abu Bakar tidak sanggup ingin mengejut baginda lalu
dia menutup lubang tersebut menggunakan tangannya. Apabila Rasulullah terbangun
dari tidur, dia mendapati wajah sahabatnya begitu pucat menahan sakit. Sungguh
tinggi nilai persahabatan yang ada dalam diri Abu Bakar.
Selain itu, sahabat sejati juga seorang
yang setiakawan. Dia ada bersama kita saat semua orang meninggalkan kita. Dia
tetap mendekati kita saat semua orang menjauhi kita. Ya, saat itulah kita
mengenali siapa sebenarnya sahabat sejati kita. Sahabat sejati terus menjadi
lilin yang membakar api semangat untuk kita meniti hari esok dengan kuat dan
tabah.
Selama ini kita mencari-cari teman sejati
untuk menemani perjuangan dalam kehidupan ini. Puas kita mencari di setiap
sudut di muka bumi ini namun masih belum
ditemui. Usah risau, seorang sahabat sejati akan bersama kita dengan relanya
tanpa dipaksa. Menerima dengan ikhlas kelemahan dan kekurangan yang ada dalam
diri kita. Sahabat sejati tidak akan memburuk-burukan kita malah akan saling
melengkapi antara satu sama lain. Sahabat seperti ini sukar untuk dicari. Andai
dia pergi buat selama-lamanya hidup ini akan menjadi kosong lebih dari nilai
kosong yang sebenarnya. Pemergiannya dirasai dan tak mungkin berganti.
Kenangan bersama sahabat sejati menjadi
kenangan terindah yang tertulis si setiap helaian diari kehidupan kita. Seorang
sahabat sejati akan sentiasa membimbing sahabatnya di jalan yang benar. Dia
tidak akan membiarkan sahabatnya terus di landasan yang salah. Seorang sahabat
sejati adalah orang ynag membimbing sahabatnya ke syurga dan saling
mengingatkan apabila terlupa. Firman Allah dalam Surah Al-Asr, demi masa.
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan berpesan dengan
kesabaran.
Seorang sahabat seharusnya bersikap
jujur,boleh menyimpan rahsia dan menganggap sahabatnya seperti darah dagingnya
sendiri. Menyimpan rahsia yang diamanahkan seperti menjaga maruahnya sendiri.
Begitu tinggi nilai sahabat sejati sehingga nilainya dapat mengalahkan intan
dan permata. Sahabat sejati tidak akan menjadi 'seperti duri dalam daging' dan
tidak pula menjadi 'seperti api dalam sekam.' Dia memiliki semangat setiakawan
dan kejujuran yang menebal dalam diri.
Suatu hari, kita diherdik dan dihina
kerana memiliki rupa yang hodoh dan tak punya apa-apa. Kita merasakan kesunyian
di tengah ramai. Malunya kerana merasa maruah diri dipijak-pijak. Hendak
bersuara namun siapalah kita. Kita hanya mentimun dan mereka durian. bergolek
kita sakit, digolek pun kita sakit. Saat ini sahabat sejati datang bagaikan
wira. Sekeliling yang gelap tadi kini bercahaya. Sahabat sejati tadi sanggup
merendahkan dirinya dengan menggengam tangan kita dan memapah untuk bangun dan
mematahkan kata-kata mereka. Seorang sahabat sejati bukan sahaja memiliki sifat
simpati malah berempati terhadap kita. Pada era globalisasi ini, pasti sukar
untuk mencari sahabat seperti ini. Malah ada yang sanggup tidak mengaku kawan
hanya kerana sifat malu kerana mempunyai sahabat yang dibenci masyarakat.
Sedarlah semua, kita bukan berada dalam
dunia fantasi mahupun cerita dongeng untuk melakukan penindasa terhadap orang
lain. Sahabat sejati tidak akan menindas sahabatnya sendiri malah akan
bersama-sama bangkit untuk terus maju dalam apa jua cara sekalipun. Dia akan
seiring tangan dan berganding bahu bersama kita dalam melawan arus rintangan
dunia ini.
Sebagai kesimpulannya, jelaslah kepada
kita bahawa untuk mencari seorang sahabat sejati amat sukar sekali. Ini kerana,
sahabat sejati tidak berada dimana-mana walaupun kita merentas lautan api, kita
mendaki gunung yang tinggi waima masuk ke dalam hutan yang tebal sekalipun kita
tetap tidak akan menemuinya. Sahabat sejati tidak diperdagangkan dan tidak
boleh diwarisi kerana ia lahir dari hati yang ikhlas. semoga sahabat seperti
ini tidak akan pergi meninggalkan kita dahulu. Jika boleh, biarlah kita yang
melelapkan mata buat selama-lamanya dahulu kerana tidak sanggup merasakan
kekosongan apabila ditinggalkan sahabat seperti ini.