Rokok elektronik atau e-Cigarette
Rokok
elektronik atau e-Cigarette merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan
rokok sebenar. Bukan sahaja langkah 'tukar' ini mampu memberi manfaat pada diri
sendiri malah orang-orang yang berada disekeliling anda juga, akibat kesan
pelbagai kandungan bahan-bahan yang merbahaya dalam rokok sebenar yang
mengancam kesihatan. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat menikmati
rokok seperti yang sekarang anda hisap.
Ingin tahu
cara terbaik untuk menghisap vaporizer kamu? Nah kita akan mencakup semua
dasar-dasar dan segala sesuatu yang perlu kamu ketahui untuk mendapatkan hit
yang paling memuaskan! Jika kamu memakai vaporizer kamu harus mendapatkan semua
manfaatnya. Tidak seperti merokok tradisional, dengan vaporizer itu sedikit
berbeda dan memerlukan teknik yang agak berbeda. Jadi di sini kamu akan
menemukan langkah-langkah yang tepat diperlukan untuk menggunakan vaporizer
benar ketika hitting. Pertama-tama, inilah yang kamu tidak boleh lakukan:
mencoba menggunakan vaporizer kamu seperti rokok tradisional. Mengingat rokok
elektrik adalah alternatif untuk rokok tradisional, hal itu mungkin tampak
normal dan natural untuk menggunakan metode yang sama, namun, untuk vaping
menggunakan teknik yang berbeda. Jangan menghisap cepat dan pendek, karena hal
ini akan menyebabkan e-Liquid di mulut kamu – yuck! Chain (secara
terus-terusan) vaping is a no-no. 3 sampai 7 puff adalah batas yang dianjurkan,
karena perangkat kamu dapat menjadi terlalu panas, sesi pendinginan sangat
diperlukan.
Oke, jadi sekarang kamu tahu apa yang tidak boleh dilakukan,
berikut ini adalah langkah yang harus kamu ambil untuk hasil terbaik:
1. Tarikan: ketika menghirup, pastikan
pelan-pelan dan teratur. Hasil dari hisapan tersebut akan smooth sampai mulut
kamu penuh dengan uap, mirip dengan bagaimana kamu merokok cerutu. Juga dengan
vaping, kamu tidak perlu untuk menarik uap ke dalam paru-paru, seperti saat
kamu merokok, untuk mendapatkan efek penuh.
2. Tahan dan
menghembuskan: setelah menghisap, tahan uap di mulut kamu selama 3 sampai 5
detik sebelum menghirup lebih jauh lagi atau menghembuskan. Nikotin terserap
melalui membran mukosa di mulut kamu, tidak seperti rokok tembakau tradisional
di mana hanya akan diserap melalui paru-paru. Jadi ini adalah faktor besar yang
perlu diingat untuk memastikan kamu mendapatkan jumlah yang tepat dari nikotin.
3. Kesabaran
adalah suatu kebajikan: kamu harus menunggu sekitar 30 detik sebelum kamu
merasakan efek dari nikotin. Sementara rokok tradisional memerlukan waktu
tunggu sekitar delapan detik, penyerapan ini sedikit berbeda dengan uap rokok
elektrik, tetapi kamu akan terbiasa untuk itu. Satu hal lagi yang perlu diingat
ketika vaping, adalah bahwa pemanasan atomizer dengan priming adalah cara
terbaik untuk memanaskan coil. Ini akan membuat hit uap yang banyak.
Kelebihan Electronic-Cigarette
1.
Menghindar / kurangkan kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK sebenar
yang megandungi lebih 4000 jenis bahan kimia.
2. Rokok
elektronik ( Electronic Cigarette ) tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan
bibir.
3. Rokok
elektronik ( E-Cigarette ) mengandungi nikotin yang tidak membahayakan
kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti
CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU, BAU BUSUK.
4. Tiada
kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana E-Cigarette hanya
mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar.
5. Variasi
perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti ROKOK sebenar.
6.
MENJIMATKAN wang sehinga 80% sebulan.
7.
Mengurangkan atau menghentikan terus kadar pengambilan ROKOK sebenar.
8. Anda juga
boleh menikmatinya ketika memandu (tak perlu buka tingkap).
9. Tiada
masalah menghisapnya di runagan berpenghawa dingin.
10.
Menghisap di tempat awam atau tempat larangan merokok juga tidak menjadi
masalah.
11. Baju
tidak lagi berbau ROKOK.
12. Bau
mulut tidak lagi busuk.
13.
Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga sesuai dibuat cenderahati untuk
orang yang tersayang.
14. Tidak perlu risau jika anak-anak kecil
menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan tidak berbahaya.
15. Bahan
yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh menyebabkan kanser atau
penyakit-penyakit yang berat.
Kekurangan Electronic-Cigarette
1. Semasa
menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap
nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap
rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok
elektronik apabila di "charge" penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa
henti.
2. Terlalu
banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan
dalam badan.
3. Tidak
sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah
bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif dll.
PENYAKIT PENYEBAB KEMATIAN AKIBAT
MENGHISAP ROKOK VAPOR
Jangkitan
paru-paru Penyelidik mendapati wap dari vapor mengandungi racun. Kesan dari
menghirup asap rokok elektrik boleh mengganggu sistem pernafasan, sehingga menyebabkan
jangkitan paru-paru. Melemahkan sistem kekebalan tubuh Vapor boleh melemahkan
respon sistem kekebalan terhadap bakteria dan virus. Misalnya, pecinta Vapor
akan mudah diserang bakteria pneumonia, sinusitis dan virus flu. Kanser
Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida seperti yang
terkandung dalam wap vaporizer. Bahan-bahan ini menjadi pencetus kanser
penyebab kematian.
Pendapat
Pakar Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan
rokok elektronik, Antaranya :
Ø Jumlah nikotin yang terdapat di dalam
rokok elektronik ini berbeza bergantung kenyataan tertulis pada labelnya. Ia
boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang
dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml
(berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus
diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi
untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan
30-40 batang rokok konvensional. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal
US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang
telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka
mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh
menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin
yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label.
Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”. Pada
September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada
kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan
penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang
mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk
mengurangkan tabiat merokok”[1]. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh
American Lung Association (ALA), pihak ALA menyatakan kegusaran mereka terhadap
penggunaan rokok elektronik kerana kajian awal telah mendapati bahawa rokok
elektronik bukan sahaja mengandungi nikotin bahkan terdapat juga bahan-bahan
kimia lain yang berbahaya seperti carcinogens.
Ø Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa
rokok elektronik yang menggunakan voltage yang tinggi mempunyai amaun
formaldehyde yang tinggi. Formaldehyde juga merupakan bahan kimia yang merbahaya
kepada tubuh manusia.
Ø Pihak FDA (Food and Drug Administration)
Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji makmal terhadap kandungan rokok
elektronik dan di dalam satu sampel kajian,, mereka telah mendapati bahan
diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti beku dan
ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia.
Ø Menurut Dr. Daniel Lee, Pakar
Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court, dakwaan yang
mengatakan asap yang terhasil dari rokok elektronik adalah dari cecair biasa
dan bukannya dari nikotin adalah salah sama sekali. Hakikatnya, rokok
elektronik mempunyai nikotin yang mana boleh meningkatkan kadar denyutan nadi
dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf. Selain
itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan
saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan
ulser perut dan usus. Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan
Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin ketika dihubungi
mengatakan proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok
elektronik, akan disedut oleh pengguna, dan wap nikotin ini mempunyai sifat
yang sama dengan asid nitrik. Tambah beliau lagi, asid nitrik merupakan bahan
kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia. Selain itu,
cecair nikotin, walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri resapannya ke dalam saluran
darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan kerana selain nikotin, cecair
itu juga mengandungi gliserin.
Ø Presiden Persatuan Perubatan Malaysia
(MMA), Dr. Ashok Zachariah Philip juga berpendapat bahawa rokok elektronik
boleh membawa kemudharatan kepada penggunanya. Tambah beliau lagi, kebanyakan
bahan kimia yang terkandung di dalam asap rokok kenvesional juga terdapat di
dalam rokok elektronik walaupun kadarnya lebih rendah. Beliau juga melalui
persatuan menggesa agar Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengharamkan
penggunaan rokok elektronik melihat kepada kemudharatan yang bakal berlaku.
Ø Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Khairulfaizi Haron
berkata, walaupun peratusan untuk pengguna vape mendapat penyakit tersebut
terlalu rendah, mereka perlu berwaspada dan berhati-hati. Beliau juga
menegaskan bahawa sangkaan menggunakan rokok elektronik adalah lebih selamat
berbanding rokok adalah tidak benar.
Penutup
Dalam isu
ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong
penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan
rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya
anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan
nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan
mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru
kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau
vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit
yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung
masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta
membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan
hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik.
I couldn't discover any learning on this issue earlier to.Also work a site and on the off chance that you are ever keen on doing a few. dispensaries that ship to VA
ReplyDelete