PENGENALAN KITAR SEMULA
Menurut
Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan
produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi
sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber
kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca,
besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat
pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Dalam
erti kata sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru
bagi bahan yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi
menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polisterin terpakai digunakan bagi
menghasilkan polisterin lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau
terlalu mahal berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan
mentah atau sumber lain, dengan ini kebanyakan barangan atau bahan kitar semula
sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain seperti
kadbod.
Pengkritik
seringkali mempertikaikan kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran
mengitar semula berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula
seringkali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat
sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan
dalam pengumpulan dan pengangkutan mengurangkan dan melebihi kos dan tenaga
yang dijimatkan dalam proses pengilangan juga kerja yang dihasilkan oleh
industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam
pembalakan, perlombongan dan industri yang dikaitkan dengan pengeluaran baru
dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum
penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula
menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada
pertikaian yang yang berpanjangan.
KEPENTINGAN
KITAR SEMULA
Program
kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti
surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi
bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula
penting untuk menjimatkan kos pengurusan
sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah
bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang
besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan
perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.
Program
kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya
kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh
dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman
dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan
barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai
sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan
berkenaan tidak harus dibuang di
merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kitar
semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran.
Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh
menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan
menjadi lebih seronok dan selesa. Sesuatu yang lebih penting melalui program
kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan
alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk
Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar
setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul.
Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak
berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di
mana-mana juga kita berada di negara ini.
BARANG YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
Terdapat
4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item
tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.
Aluminium
terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke
pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan
bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran
semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula
barangan lain seperti kertas.
Kaca
akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih
kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal
dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih
akan kekal menjadi kaca jernih. Setelah
kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit
bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan
dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih
panas akan dibentuk untuk dijadikan botol. Hasil yang terbentuk akan disejukkan
dan diperiksa dari sebarang
keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap
akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan
diisi dengan makanan dan minuman.
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang
yang telah dikumpul dari seluruh negara
akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi
dihantar ke tempat pemprosesan di mana
pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk
membantu dalam proses penghancuran sebelum
dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya,
sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya,
proses penapisan dan pencerahan.
Kemudian,
hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu
dipamkan ke bahagian hujung basah mesin
membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum
digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar. Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong
mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.
Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini
seterusnya diasingkan mengikut kategori.
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas.
Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz
lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran.
Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara
panas. Serpihan-serpihan plastik
kemudiannya dibungkus untuk dijual
(dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.
BENTUK
PLASTIK
Terdapat
berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar
semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik
sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik
yang berbeza. Antara jenis-jenis plastik ialah
Type
1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan : Botol
minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan
pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol
tersebut.
Type
2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan : Botol
detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik
Type
3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan : Paip
plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk
dikitar semula
Type
4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik,
pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan
Type
5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan : Penutup
plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar
semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.
Type
6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan : Palet
pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan
menerima bahan ini untuk digunakan semula.
Type
7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah
jenis pengisi makanan dan tupperware.
MASALAH
DAN HALANGAN DALAM KITAR
SEMULA
Pada
masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat
kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam
sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula
ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan
yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja.
Selain
daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang
membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan
kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan
tidak mendatangkan sebarang kepentingan.
Kebanyakan
pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dnegna harga yang rendah
menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada
menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga
menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan.
Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama
apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil
peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.
LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR
Alam
sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin
tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan
baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam
sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga
beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar
beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah
yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini
termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada
hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.
Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki
oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian
kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam
sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka
untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang
banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib
sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di
jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media lain.
Selain
itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,
kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini
masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan
cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi
pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan
pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan
itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran
alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar
tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah
ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga
syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara
formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat
menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat
pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di
sekolah. Pertandingan kelas terbersih di
antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap
alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan
alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .
Langkah
seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat
dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah
lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu,
dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula
bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama,
kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan
teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas
karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada negara dan
rakyat. Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini. Kempen ini
seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini
dan mengamalkan program kitar semula. Kita sepatutnya menjadikan program ini
amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita bahawa kebersihan
itu sebahagian daripada iman. Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri
yang mahu melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
terbaikkkkk......
ReplyDeleteI OWN U A LIFE
ReplyDeleteawesome
ReplyDeleteSangat berguna tq
ReplyDeleteFunctionnnnn
ReplyDelete