Sajak Kemerdekaan - Keranamu Malaysia
Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam,
menerjah gelombang Berlari mengejar cahaya,
menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeri ku....Malaysia.
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam,
menerjah gelombang Berlari mengejar cahaya,
menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeri ku....Malaysia.
Riang Ria Merdeka
Lari dan
berlari..
Kanak-kanak
berlari mengejar rakan
Riang
bermain di senja hari
Membawa
senjata palsu melawan musuh
Kononnya
berperang menuntut merdeka
Adakah
mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan
tawa..
Mereka
gembira menawan musuh
Mendapat
bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat
bertepuk tangan
Mengibar
bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya
mengalahkan musuh
Mereka
menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari
melabuhkan tirainya
Malam
menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan
malam membangkitkan suasana
Penat
bermain di siang hari
Kini lena
diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah
engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik
bermain perang menentang musuh
Apakah
engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas
ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai
adik-adikku..
Hayatilah
erti kemerdekaan
Ingatilah
perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau
akan faham
Mengapa
merdeka perlu dipertahankan
Mengapa
bendera dikibarkan
Mengapa tugu
negara dibina
Mengapa
Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah
jalur gemilang
Tabikla
perwira-perwira negara
Jadila rakyat
yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau
tahu apa itu kemerdekaan
Kerana
engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu
NEGARAKU BEBAS MERDEKA
Kini..
tiada lagi
tangisan insan terseksa
terkapai-kapai
lemas mencari daratan
berkorban
jiwa pertahan negara
penjajah
durjana merampas segala
50 tahun
dahaulu..
stadium
merdeka menjadi saksi
negaraku
merdeka
rakyatku
tidak lagi sengsara
menangis
gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi
penjajahan..
tiada lagi
penderitaan..
tiada lagi
jeritan penyiksaan..
tanah air
ditadbir insan bijak bestari..
memimpin
negara mengukir nama..
Kini..
50 tahun
sudah merdeka..
negaraku
cemerlang, gemilang dan terbilang
burung
berkicau bebas berterbangan
menjadi
tanda negaraku aman daman
Maju
berteknologi
kearah
mencapai wawasan 2020.
kugenggam
erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah
kemerdekaan
teruskanlah
kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah
semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal
selamanya
merdeka
tetap merdeka..
No comments:
Post a Comment