Sunday, 6 December 2015

BERITA TERKINI :- WANITA DIBUNUH, DIROGOL DAN DIROMPAK

BERITA TERKINI :- WANITA DIBUNUH, DIROGOL DAN DIROMPAK


KUALA LUMPUR: Kisah seorang kerani wanita yang dijerut dan kemudiannya dirogol di rumahnya pada Isnin menjadi antara perkongsian paling hangat diperkatakan di laman sosial hari ini. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita muda itu dan sangat terkejut dan marah dengan kejadian yang disifatkan sebagai sangat kejam itu. Ramai yang mula mempersoalkan isu keselamatan wanita, khususnya mereka yang tinggal berseorangan. Ada yang berpendapat situasi jenayah yang menjadi-jadi membuatkan golongan wanita sudah merasa tidak selamat lagi, walaupun ketika berada di dalam rumah sendiri.

                                




Kejam, itulah satu kata yang boleh digambarkan apabila seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar yang mempunyai anak kecil berumur 11 bulan ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi. Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang berumur 29 tahun telah ditemui oleh sepasukan polis selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu selepas mangsa dikatakan tidak keluar rumah kira-kira jam 7 malam. Pasukan yang tiba ditempat kejadian mendapati enjin kereta mangsa tidak dimatikan manakala pintu kereta di bahagian depan pemandu terbuka. Apabila pihak polis memasuki kawasan rumah, mereka telah menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel berhadapan pintu masuk utama.




Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa dipercayai meninggal akibat kesan jerut dileher dan hasil siasatan awal juga mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh.


No comments:

Post a Comment