Saturday, 5 December 2015

SEJARAH PENGANGKUTAN



SEJARAH PENGANGKUTAN

Jentolak (Bulldozer)
Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang  berhidraulik untuk kerja menolak, menorah, memotong dan meratakan tanah. Terdapat pelbagai jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U. Jentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru.




Kren Bergerak
Kren jenis ini beroda tayar digunakan di tapak binaan yang sederhana, senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui jalanraya biasa. Struktur kerangka tiang yang dinamakan jib dipasangkan di atas sebuah mesin yang berputar. Kerangka jib yang tinggi menguasai kawasan yang luas tetapi memerlukan kedudukan yang rata dan stabil. Kren berjoran teleskopik dikendalikan secara sistem hidraulik yang boleh dipanjangkan atau dipendekkan dan amat berkesan digunakan untuk mengangkat dan menempatkan konkrit.





Bas
Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua. Terdapat tanda bas pertama disediakan seawal 1662[1], walaupun perkhidmatan pengangkutan awam bas serius yang ditarik kuda tidak bermula sehingga 1820-an.





Lori
Lori (juga dipanggil trak) adalah kenderaan berat komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya. Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British, lorry; manakala perkataan trak dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori. Di Malaysia, pemandu lori diwajibkan memiliki lesen memandu kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan bersendi sekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D (kereta) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.




Kapal terbang
Kapal terbang penumpang atau pesawat penumpang (Bahasa Inggeris: airliner) ialah sejenis pesawat kepak kaku yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Kapal terbang sedemikian selalunya dimiliki oleh syarikat penerbangan. Walaupun takrifan kapal terbang penumpang mungkin berbeza dari negara ke negara, namun kapal terbang penumpang biasanya ditakrifkan sebagai pesawat yang bertujuan mengangkat bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil; Sikorsky Ilya Muromets dari Rusia merupakan pesawat penumpang rasmi pertama yang memenuhi takrifan ini. Pesawat ini melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1913, maka lahirnya industri penerbangan komersil. Industri ini beransur-ansur berkembang maju selama puluhan tahun yang berikutnya dan pesat membangun selepas Perang Dunia II.



VIDEO YANG DILAKON OLEH KUMPULAN KAMI MENGENAI SEJARAH PENGANGKUTAN







No comments:

Post a Comment